Portal Hartanah Pertama


Articles
Real Estate
Search Articles
Calendar
« September 2014 »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930 

Hartanah.com.my

Selamat Datang - Hartanah Portal Malaysia Real Estate Property Online


Nilai Hartanah Malaysia
Situasi nilai hartanah di Malaysia terkenal sebagai salah satu menarik bukan sahaja di rantau ini malah di mata dunia. Anda dapat mengetahui perbezaan nilai hartanah sama ada untuk komersial mahupun tujuan persendirian. Komuniti ini padat dengan pertukaan maklumat yang sejajar dengan masa dan relevan.


Hartanah Portal adalah portal bagi sesiapa sahaja yang berminat ataupun sudah berada di dalm perniagaan nilai hartanah. Sama ada anda pelabur hartanah, peniaga hartanah, agen nilai hartanah ataupun seseorang yang ingin membeli rumah, Hartanah.com.my adalah tempat yang sesuai untuk anda untuk mencari dan bertukar maklumat yang berkaitan laman ini.


Yang paling utama sekali, anda perlu mendaftarkan diri anda dalam pusat data kami. Kenali peranan anda yang akan anda pilih. Peranan umum ialah pembeli dan penjual.


Pasaran.
Pasaran kami sentiasa mantap dan dinamik bagi sesiapa sahaja yang mencari peluang untuk membeli atau menjual hartanah.


Pembeli nilai hartanah.
Kami menyediakan perkhidmatan terus bagi pembeli nilai hartanah. Pembeli rumah persendirian, yang mencari hartanah komersial atau pelabur hartanah, kami menyediakan senarai kemilikan untuk carian dan tatapan. Kami pasti anda dapat menjumpai hartanah yang anda ingini.


Penjual nilai hartanah
Jika anda seorang yang mencari peluang untuk menjual hartanah anda, anda dapat menyalurkan maklumat yang berkaitan ke dalam pusat data kami. Cuma klik ke pautan dan masukkan penerangan dan penerangan anda tersebut akan dilihat oleh ribuan orang setiap hari.

Agen nilai hartanah.
sebagai agen, anda dapat menggunakan servis rujukan kami yang komprehensif di mana ia dilihat oleh ribuan orang setiap hari.


Pemaju
Sebagai satu portal nilai hartanah, anda dapat mengetahui mengenai pembangunan kawasan tempat tinggal dan didedahkan pada nilai yang sebenar. Pengguna pusat data kami akan menerima pemberitahuan jika anda menghantar ke laman web kami.


Pelabur hartanah
Sebagai pelabur hartanah, maklumat adalah sangat penting. Periksa tentang kadar faedah yang dikemaskinikan, faktor dan kesan yang mempengaruhi nilai faedah ini. Layari bahagian bagi pelabur dan berkongsi maklumat apa yang terbaik dan tempat yang terbaik untuk melabur.


Pengguna komuniti
Kongsi maklumat dengan orang lain dengan apa sahaja yang berkaitan dengan nilai hartanah. Kami memahami sentiasa ada masalah apabila membeli sesebuah hartanah. Seseorang individu akan dapat mengetahui tentang fakta undang-undang, prosedur dan pihak yang terlibat. Ini adalah tempat yang terbaik bagi sesiapa yang ingin tahu ataupun mencari maklumat yang sukar untuk dicari.


Di dalam komuniti ini juga terdapat maklumat untuk membeli hartanah yang akan dilelong. Jika anda mencari sebuah kondominium, mungkin ada orang lain yang inginkan tempat yang sama dan mungkin komuniti ini dapat membantu anda member nasihat yang anda perlukan.


Ulasan hartanah
Kami menyediakan bahagian ulasan tentang pelbagai tawaran yang ditawarkan oleh sesetengah pemaju atau pembagunan hartanah yang terbaru. Kami menyediakan juga ulasan tentang kadar harga, nilai sebuah hartanah dan maklumat yang relevan. Anda juga bebas untuk meminta ulasan yang tidak terdapat di bahagian kami dan kumpulan kami akan berbuat demikian.


Undian pemaju
Undian bagi pemaju kami tidak dibuat oleh pihak kami, sebaliknya kami menasihatkan pengguna dan ahli kami untuk menghantar undian mengenai pemaju untuk kebaikan bagi sesiapa yang ingin membeli rumah atau hartanah dari sesetengah pemaju.


Undian nilai hartanah
Sama dengan undian bagi pemaju, para ahli menyalurkan undian mereka pada nilai hartanah yang terdapat dalam bahagian ini. Mereka juga boleh mengundi dari nilai hartanah yang baru atau yang terpakai mahupun tarikan akan datang.

Who is Online
Active Users: 3
Accounts: 0
Guests: 3
Visits last 24h: 98